Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membalas sindiran Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung maksud ‘ham’ dengan menyertakan terjemahan daripada kamus Oxford Learner’s.

Tegas Dr. Muhamad Akmal, kamus antarabangsa itu dengan jelas memperincikan ‘ham’ bermaksud daging yang datangnya daripada haiwan babi.

Jelas beliau, sekiranya daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, maka ia mesti disertakan sumbernya di hadapan nama daging itu terlebih dahulu.

“Seperti daging lembu, maka ia disebut beef ham, jika daging ayam, maka ia disebut chicken ham.

“Jika ada beranggapan sama jer ‘ham’, maka jawapannya tidak, kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Meng walaupun nama di depan sama, tetapi orangnya berbeza,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal menjelaskan, standard prosedur operasi (SOP) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi permohonan halal menetapkan makanan yang memiliki nama seolah-olah tidak halal seperti ham, tidak boleh diberikan sijil halal bagi mengelakkan kekeliruan, melainkan makanan seperti chicken ham dan beef ham.

“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau x (tak) faham tanya pegawai atau boleh buka kamus.

“Tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu!!!” katanya.

Terdahulu, Kor Meng menerusi laman sosialnya memberi penerangan berkenaan maksud ham dan cheese yang menurutnya ham merupakan proses untuk menghasilkan makanan seperti Turkey ham dan chicken ham yang bagus untuk dimakan.

Kata Kor Meng, ia juga sama dengan air Root-Beer yang dibuat daripada akar Sassafras yang bukan alkohol dan juga baik untuk diminum.

To make an issue out of it simply shows who is the real idiot (Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh),” kata Kor Meng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here