Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekukan sementara lesen operasi KK Mart sehingga siasatan mengenai isu penjualan sandwich ham & cheese selesai.

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Marina Ghani berkata, dalam masa sama pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan rapi supaya tindakan tegas dapat diambil dengan segera.

“Saya menggesa KK Mart untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan setiap produk yang dijual mematuhi prinsip-prinsip halal,” katanya menerusi kenyataan.

Isu berkaitan penjualan sandwich ham & cheese di premis KK Mart di dalam kampus Universiti Malaya (UM) tular dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk tersebut tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jabatan itu juga mengesahkan syarikat yang membekalkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Susulan itu, KK Mart dilaporkan membekukan semua urusan perniagaan dengan Shake and Bake Cafe, pembekal produk sandwich ham & cheese yang dijual di salah sebuah cawangannya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here