SHAH ALAM –  Seorang buruh binaan warganegara Indonesia direman lima hari selepas disyaki cuba menyogok anggota polis supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Lelaki berusia 27 tahun itu disyaki cuba menyogok anggota polis itu pada Isnin lalu di  jalan Bestari Jaya, Ijok.

Terdahulu, suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuala Selangor.

Sebagai rekod, perintah reman dibenarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis hari ini.

Reman lelaki itu bakal berakhir Ahad ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) ASPRM 2009.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here