Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – “Kabinet tidak memberi sebarang arahan kepada Peguam Negara”.

Itu penegasan Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berhubung hasrat Jabatan Peguam Negara mahu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) berkaitan kes titah adendum melibatkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini turut tidak membincangkan sebarang isu melibatkan titah adendum.

“Tidak dibincangkan, dan kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara,” tegas beliau dalam sidang media ketika ditanya sama ada kerajaan mengeluarkan arahan supaya mendapatkan perintah larangan terhadap kes terbabit.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Peguam Negara akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan gag order bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang ditemui di lobi mahkamah baru-baru ini memberitahu media pihaknya akan memfailkan perkara itu pada 20 Januari ini.

Ditanya alasan permohonan itu, Shamsul memaklumkan ia adalah untuk melindungi Institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

Prosiding berkenaan Titah Adendum yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib yang juga bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Ia bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hayatulakmal Abdul Aziz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here