Sebahagian jemaah umrah berkumpul di pejabat urusan Hejira, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

SEPANG – Hanya 20 individu daripada 379 jemaah umrah yang terkandas ke Tanah Suci dilaporkan telah menerima pemulangan wang daripada sebuah syarikat pengendali umrah, Hejira sejak semalam.

Penasihat Undang-Undang yang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, bayaran balik kepada jemaah terlibat dibuat kepada dua orang sahaja hari ini selain 18 orang lagi semalam.

Penasihat Undang-Undang yang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil bercakap kepada media mengenai jemaah umrah dan syarikat pengendali umrah di Pejabat Urusan Hejira Travel and Tours, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025

“Dalam situasi ini, syarikat itu dilihat gagal menunaikan janji mereka untuk melunaskan semua tuntutan kepada jemaah terkandas sejak pukul 6 pagi tadi.

“Hasil semakan kami jumlah keseluruhan tuntutan kesemua mangsa hampir RM2.13 juta namun syarikat hanya membayar sekitar RM13,400 sahaja kepada dua jemaah hari ini,” katanya pada sidang media di luar premis syarikat pengendali umrah berkenaan di sini hari ini.

Sebahagian jemaah umrah berkumpul di pejabat urusan Hejira, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

Pejabat Urusan Hejira hari ini dipenuhi kira-kira 200 individu yang menuntut bayaran semula selepas gagal menjalani ibadah umrah melalui syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Ena juga menggesa pihak polis campur tangan dan hadir ke premis terbabit bagi mengambil tindakan sewajarnya.

Tinjauan MalaysiaGazette sejak pagi tadi mendapati terdapat salah seorang pekerja syarikat itu rebah dan telah menerima rawatan kecemasan dipercayai akibat sesak nafas.

Salah seorang kakitangan syarikat pengendali umrah dipercayai pengsan dan dibawa keluar oleh pihak kesihatan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kawasan Pusat Perniagaan Sun Suria City, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

Dalam pada itu, kira-kira 2 petang, beberapa anggota polis termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Polis Kontinjen (IPK)  Selangor, Datuk Saiman Kasran turut hadir ke pejabat yang sama.

Bagaimanapun polis telah mengarahkan kesemua mangsa termasuk pengamal media untuk mengosongkan premis terbabit dengan segera bagi siasatan lanjut.

Turut hadir penyanyi yang juga aktivis sosial, Caprice yang dipercayai menemui mangsa di perkarangan pejabat berkenaan.

Tinjauan situasi kecoh di luar pejabat urusan berkenaan mangsa penipuan kelihatan terpedaya dengan package pelancongan penipuan jemaah umrah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kawasan Pusat Perniagaan Sun Suria City, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

Semalam media melaporkan hampir 379 jemaah gagal terbang ke Tanah Suci selepas syarikat penyedia perkhidmatan umrah tidak menyediakan tiket penerbangan, visa dan kemudahan penginapan.

Jemaah terkandas bukan sahaja melibatkan individu dari Semenajung Malaysia malah ada yang tiba dari Korea Selatan, Brunei dan Singapura.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, syarikat pengendali umrah itu jika bersalah akan berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Khairul Firdaus dilaporkan berkata, tindakan itu berkuat kuasa hari ini sekiranya syarikat berkenaan gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hejira berdolak dalik sebelum batalkan penerbangan -Mangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here