Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat pameran BIM yang disediakan selepas menghadiri Majlis Penutup Program JKR-BIM Trail 2024 di Dewan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Lebih 400 projek berjaya dilaksanakan dengan penggunaan Building Information Modelling (BMI) setakat ini sejak ia dilaksanakan pada tahun 2012.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pencapaian itu selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menetapkan penggunaan BIM sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“JKR telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus projek bernilai RM10 juta dan ke atas menggunakan BIM untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan reka bentuk dan pengurusan projek.

“Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo yang menggunakan BIM berjaya mengelakkan ratusan kemalangan, pengalihan utiliti dan pengambilan balik tanah yang cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Jelajah 2024 JKR BIM : Trail Training Lectures Zon Tengah di Dewan Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia hari ini.

JKR juga, kata Ahmad, telah memperluas penggunaan teknologi canggih seperti 3D Scanning, Photogrammetry, dan Geographic Information System (GIS) untuk menyokong pelaksanaan projek.

“Teknologi ini membolehkan jurutera dan kontraktor mengesan isu lebih awal, mengurangkan risiko kelewatan, dan mengawal kos projek,” tambahnya.

Sebanyak 630 peserta dari zon lain seperti Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah, dan Sarawak sepanjang tahun lalu.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kompetensi pasukan projek, termasuk pegawai, kontraktor, dan perunding. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here