Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

KUALA LUMPUR – Angkara dendam lama menjadi punca seorang lelaki parah dan mengalami pendarahan di otak selepas dipukul di Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, motif kejadian kerana mangsa berusia 42 tahun pernah mencederakan suspek pada pertengahan 2024.

Katanya, polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.10 malam semasa mangsa dimasukkan ke zon merah Hospital Ampang akibt serangan fizikal.

“Ketika di Hospital Ampang, seorang lelaki yang membawa mangsa memaklumkan dia telah dipukul oleh suspek di Jalan Pandan Indah.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HK) untuk rawatan lanjut. Kini dia dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas maklumkan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan suspek berusia 30-an sekitar jam 11 malam pada 13 Januari.

“Suspek berjaya diberkas di hadapan IPD Ampang Jaya dan telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan kini direman lima hari bermula 14 hingga 18 Januari bagi membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here