Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Lima pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak ditamatkan perkhidmatannya, bertentangan dengan kenyataan oleh Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Menjawab pertanyaan Bernama, MAHB menjelaskan pengarah ini tidak dilantik secara kontrak tetapi dilantik dan terus berkhidmat dalam Lembaga Pengarah, bertentangan dengan dakwaan daripada Wan Ahmad Fayhsal.

“Pengarah-pengarah ini tidak diberikan notis pemberhentian. Sebarang perubahan dalam komposisi Lembaga Pengarah MAHB akan diumumkan kepada Bursa Malaysia berikutan syarikat ini adalah entiti senaraian awam,” katanya.

Pada sidang media baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa kontrak pengarah-pengarah ini telah ditamatkan oleh dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah Nasional Bhd, dikatakan kerana bantahan mereka terhadap cadangan perjanjian penstrukturan semula MAHB.

Isu ini susulan penasihat bebas Hong Leong Investment Bank (HLIB) mencadangkan pemegang saham menerima tawaran oleh Gateway Development Alliance (GDA) pada RM11.00 sesaham.

Bagaimanapun, pengarah iaitu Datuk Mohamad Husin, Ramanathan Sathiamutty, Cheryl Khor Hui Peng, Datuk Seri Koe Peng Kang dan Chris Chia Woon Liat, telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, menyifatkan tawaran itu sebagai tidak adil dan tidak munasabah.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here