Sekretariat Kedualatan Agama Negara (SKAN)
Sekretariat Kedualatan Agama Negara (SKAN)

KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN) menuntut agar kerajaan mempertimbangkan cadangan menggantung Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kabinet.

Pengerusinya, Masridzi Sat berkata, tuntutan itu dibuat ekoran siasatan terhadap Hannah masih berjalan dan perbicaraan di mahkamah juga masih diteruskan terhadap Ahli Parlimen DAP berkenaan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta respon tuntutan kami. Jawatan itu hendaklah digantikan dengan Menteri lain yang berintegriti dan berakidah dan berakhlak mulia, jika tidak digugurkan hendaklah digantung sementara kedudukan beliau dalam Kabinet sehingga kes yang melibatkan beliau selesai.

“Kalau tidak boleh gugur dan pecat, gantung dahulu kerana kes sedang berjalan dan laporan polis sudah dibuat,” katanya dalam sidang media ketika himpunan Solidariti Kes Dr Kamarul Zaman VS Hannah Yeoh, di Mahmamah Jalan Duta, semalam.

Himpunan itu diadakan ketika perbicaraan kes saman Hannah terhadap pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berhuhung dua hantaran Facebook diterbitkan pada Mei 2017.

Hannah memfailkan saman pada 2022, mendakwa kenyataan Kamarul menuduhnya ‘berdakwah mengenai agama Kristian, termasuk menyeru komuniti Kristian untuk terlibat dalam politik’.

Beliau mendakwa Kamarul juga menuduhnya mempunyai ‘agenda Kristian’ dan mahu ‘menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian’.

Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

Hannah kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi dan menggesa semua pihak untuk menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan agamanya dengan menyebarkan mesej dan video berunsur fitnah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here