Tinjauan suasana pejabat urusan berkenaan mangsa penipuan kelihatan terpedaya dengan pakej pelancongan penipuan jemaah umrah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kawasan Pusat Perniagaan Sun Suria City, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Pengarah urusan syarikat Hejira Travel And Tours Holding Sdn Bhd, Mohd Syahril Alias, membuat permohonan maaf secara terbuka susulan isu kegagalan menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke tanah suci.

Mohd Syahril berkata, pihaknya akan menawarkan Surat Aku Janji mengatakan sedia membayar kerugian yang ditanggung jemaah.

Menurutnya pembayaran balik akan dibuat dalam tempoh dua hingga minggu selepas jemaah bersetuju menandatangani surat Aku Janji berkenaan.

“Saya memohon jutaan kemaafan kepada tuan-puan yang terkesan akibat daripada apa yang berlaku.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang memilih Hejira Travel.

“Diharapkan semua jemaah dapat beribadah selepas ini dengan tenang walaupun bukan bersama syarikat kami,”.

Beliau berkata demikian ketika sidang media

di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini, hari ini.

Dalam pada itu sidang media yang bermula tenang bertukar kecoh dan tegang apabila ada jemaah yang tidak bersetuju dengan tawaran dikemukakan pihak syarikat.

Kebanyakkan mereka menuntut diberikan wang pampasan serta merta.

Bagaimanapun pihak peguam yang mewakili syarikat itu, Iman Norhizam memaklumkan, syarikat akan membuat surat aku janji (letter of undertaking) yang menawarkan tiga penyelesaian.

Antara tawaran penyelesaian termasuklah  pemulangan wang 100 peratus yang akan diberikan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.

Jemaah juga ditawarkan penjadualan semula tiket penerbangan bagi jemaah yang masih ingin meneruskan ibadah umrah bersama syarikat itu serta pemberian wang lima ribu ringgit sebagai kos bayaran penginapan jemaah sepanjang tempoh terkandas ini.

Media sebelum ini melaporkan, melaporkan kira-kira 300 jemaah dipercayai diperdaya syarikat berkenaan yang menjanjikan akan diterbangkan ke tanah suci namun ditunda syarikat itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here