JAKARTA- Suspek pembunuhan pelakon Sandy Permana sempat memotong rambutnya bagi mengelak daripada dikesan pihak polis.
Polis daerah Metro Jaya memberitahu, suspek Nanang Irawan atau turut dikenali sebagai Gimbal, 45, memotong rambutnya menggunakan gunting yang dipinjam daripada sebuah kedai semasa dia sedang melarikan diri ke Karawang.
Bagaimanapun menurut ketua polis, Komisioner Ade Ary Syam Indradi, suspek berjaya ditangkap sekitar 10.45 pagi waktu Indonesia barat di Dusun Poris, Karawang, hari ini.
Polis turut mengesahkan, barang bukti iaitu sebilah pisau yang digunakan dalam kes tersebut telah ditemukan berhampiran pintu pagar lokasi kejadian.
Kelmarin, polis Jakarta mengesahkan Sandy Permana mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di Cibarusah, Bekasi.
Menurut Ketua Polis Bekasi, Onkoseno Grandiarso Sukahar, hasil bedah siasat mendapati beberapa kesan tikaman ditemukan di leher, dada dan perut mangsa.
Terdahulu, pelakon sinetron yang popular menerusi drama Mak Lampir itu dtemukan tidak sedarkan di tepi jalan sekitar kawasan Cibarusah, Daerah Bekasi di sini.- Agensi