Perhilitan menangkap seekor gajah jantan yang dilaporkan sering mengganggu serta merosakkan tanaman penduduk di kawasan Ayer Hitam hingga Sri Lalang, Kluang

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah jantan yang dilaporkan sering mengganggu serta merosakkan tanaman penduduk di kawasan Ayer Hitam hingga Sri Lalang di sini Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, gajah itu berjaya ditangkap pukul 11.15 pagi kelmarin selepas Perhilitan menjejak gajah berkenaan selama seminggu.

Katanya, gajah berkenaan berjaya ditangkap berhampiran kawasan tanaman di Taman Pertanian Modern ketika cuba menceroboh dan merosakkan tanaman.

“Pihak Perhilitan kini dalam kerja-kerja akhir untuk memindahkan gajah jantan berkenaan ke hutan simpan yang lain bagi membolehkannya hidup dalam habitat sebenar.

“Dijangka kerja-kerja pemindahan itu akan dilakukan ditempatnya ditangkap pada esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, Tian Soon dalam Facebook miliknya memaklumkan kejayaan Perhilitan menangkap seekor gajah jantan di taman berkenaan di Jalan Ayer Hitam-Kluang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here