DOHA- Selepas 15 bulan dilanda peperangan yang menyaksikan puluhan ribu nyawa terkorban, perjanjian gencatan senjata di semenanjung Gaza akhirnya dapat dicapai.
Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan perjanjian itu akan dilaksanakan mulai Ahad ini.
Semasa sidang medianya di Doha, Mohammed berkata, fasa pertama akan berjalan selama 42 hari dan perjanjian turut melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai tukaran kepada banduan Palestin yang tidak dinyatakan jumlahnya secara khusus.
Beliau turut menyatakan, Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat “akan memastikan perjanjian itu dilaksanakan,” dengan meletakkan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang pelanggaran.
Beliau turut menzahirkan harapan agar “tiada operasi ketenteraan dilakukan sebelum tempoh gencatan senjata berkuatkasa.- Agensi