Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir pada Amanat Tahun Baharu 2025 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 JANUARI 2025
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir pada Amanat Tahun Baharu 2025 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengetengahkan konsep nilai ‘Greater Heights’ untuk terus kekal menjadi kementerian yang berprestasi tinggi.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata,  nilai ‘Greater Heights’ itu menjadi teras motivasi bagi semua warga KPKT dalam mendepani cabaran tahun 2025.

“Nilai ‘greater HEIGHTS’ ini merangkumi Humility (rendah hati), Ethics (etika), Integrity (integriti), Gung-ho (semangat kerja keras), Honesty (kejujuran), Teamwork (kerjasama), dan Success (kejayaan).

“Ia adalah aspirasi untuk membawa kementerian ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi,” katanya dalam Amanat Tahun Baharu 2025 di ibu KPKT, hari ini.

Kor Ming berkata, tahun 2025 adalah tekad untuk KPKT untuk  tampil lebih cemerlang dalam membawa perubahan ke arah masyarakat yang berterusan dengan menitikberatkan budaya kerja sebagaimana konsep hijrah dalam Islam.

“Budaya perubahan ke arah kebaikan yang berterusan perlu diamalkan dalam kerja seharian, seperti konsep hijrah dalam Islam yang meliputi perubahan fizikal, pemikiran, emosi, dan spiritual,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, KPKT akan memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dengan menganjurkan pelbagai program berimpak tinggi di peringkat serantau seperti Persidangan Harta Tanah ASEAN, Forum Urbanisasi Lestari ASEAN (ASUF), Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF), serta Mesyuarat Tahunan Rangkaian Bandar Pintar ASEAN ke-8 (ASCN8).

Dalam usaha mengangkat martabat Malaysia ke persada dunia, KPKT juga akan membida jawatan Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here