Polis dan bomba menyelamatkan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring atas bonet kenderaan di kawasan banjir di Batu 24, Kahang, Kluang, hari ini.

KLUANG – Polis menyelamatkan seorang lelaki dalam keadaan separuh sedar terbaring atas bonet kenderaan pacuan empat roda di kawasan banjir di Batu 24, Kahang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dilaporkan berlaku antara pukul 9.30 hingga 11 pagi selepas mangsa pulang dari memancing bersama rakan.

“Kejadian melibatkan Thilakkumar Subramaniam berusia 40 tahun dan berasal beralamat di Felda Serting Hilir 6, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

“Ketika tiba di lokasi, anggota Pasukan Boatman IPD Kluang bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang mendapati seorang lelaki terbaring atas bonet hadapan kenderaan pacuan empat rodanya dalam keadaan separuh sedar.

“Kenderaan pacuan empat rodanya juga didapati sudah ditenggelami air separas dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, mangsa kemudiannya dirujuk ke Klinik Kesihatan Kahang menggunakan ambulan milik Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang.

Ujarnya, menurut maklumat daripada mangsa, mereka datang memancing berdua namun seorang lagi rakannya keluar untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan bantuan.

Mangsa katanya, sebelum itu berada dalam kenderaan pacuan empat rodanya untuk memastikan keselamatan kenderaan yang dinaiki mereka berdua.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here