Polis dan pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja mencari warga emas yang hilang di kebunnya di Batu 17 Jalan Kluang - Kahang, Kluang, hari ini

KLUANG – Seorang lelaki warga emas hilang selepas masuk ke dalam kebunnya dengan menunggang motosikal di Batu 17 Jalan Kluang – Kahang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Lee Siew Hat berusia 73 Tahun dan tinggal di Taman Kahang Baru di Kahang di sini dilaporkan hilang pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, kehilangan warga emas berkenaan dilaporkan iserinya susulan mangsa tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebunnya di Batu 17, Kahang.

Katanya, isteri warga emas itu keluar mencarinya di kebun berkenaan tetapi tidak menemukannya.

“Isterinya kemudian memohon bantuan untuk mencari mangsa dan membuat laporan polis.

“Bertindak daripada laporan itu, polis bersama-sama bomba serta Pasukan Bomba Sukarela Kahang telah membantu melakukan pencarian di kawasan kebun berkenaan namun gagal menemui mangsa.

“Semasa pencarian dilakukan telah berjumpa pengawal keselamatan kebun yang mengatakan motosikal mangsa ada dicatatkan masuk pukul 9.12 pagi dan keluar pukul 11.13 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, carian diteruskan dan sehingga kini belum dapat dikesan kerana kawasan berkenaan sangat luas dan tidak tahu laluan yang digunakan mangsa serta mempunyai banyak jalan masuk ke kebunnya.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini bermula pukul 9 pagi melibatkan 30 pegawai dan anggota polis, tiga anggota K9 Segamat, 18 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Lapan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Bomba Sukarela Kahang.

“Tumpuan pencarian katanya, melibatkan kawasan dari Pintu Gate Rekod terakhir mangsa keluar sehingga ke laluan Sungai Kahang dengan jarak 7 kilometer, dari Pintu Gate Pejabat Sungai Kahang sehingga ke laluan Sungai kahang dengan jarak 6 kilometer.

“Pencarian diperluaskan oleh Pasukan PGA, polis dan bomba di setiap parit, longkang dan kawasan kiri dan kanan tebing sepanjang laluan dari gate hingga ke Sungai Kahang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here