Para peserta program “Courage to Continue”bersama penuntut Fakulti Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara.

KAJANG – Seramai 26 pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan Program “Courage to Continue” melalui inisiatif Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM), baru-baru ini dengan penyertaan 160 pelajar semester dua Kolej Vokasional Kajang.

Program ini mendedahkan konsep digital literasi dan implikasinya dalam kalangan remaja tentang digital literasi dari aspek perundangan di Malaysia.

Selain itu, program ini bertujuan mewujudkan persekitaran selamat bagi para pelajar membincangkan isu-isu keselamatan berkaitan dengan kesihatan mental dan tatacara mendapatkan bantuan serta maklumat yang tepat.

Selain itu menggalakkan pelajar menggunakan platform digital untuk menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan mental dan menggalakkan pelajar berkongsi maklumat menggunakan media digital.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program iaitu Pantun Dua Kerat, Teka-teki Terbalik, Jenga, Ddakji, Guess the Code, The Hankman dan Steal the Bacon.

Aktiviti-aktiviti tersebut membolehkan peserta berfikiran secara kreatif, memperluaskan pengetahuan peserta tentang kesihatan mental, membangunkan sifat tolak-ansur dalam antara pasukan secara tidak langsung dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan meningkatkan tumpuan setiap peserta.

Penasihat program, Dr Mohd Yusof Zulkefli berkata, digital literasi membantu mereka menilai kredibiliti maklumat, mengenalpasti berita palsu, dan membuat keputusan berdasarkan fakta.

“Remaja sering menjadi sasaran eksploitasi di dunia maya, termasuk penipuan dalam talian, buli siber, dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai. Oleh itu, digital literasi membantu mereka memahami risiko ini dan melindungi diri daripada ancaman,” katanya.

SULAM mula diperkenalkan pada tahun 2016 melalui hasil inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkannya dengan khidmat komuniti dengan melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here