Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Program Siri Syarahan Menteri "Madani Sedan Direalisasikan, Dekad Baharu Malaysia" di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2025

SHAH ALAM – Kerajaan sedia mempertimbangkan kelulusan permohonan baharu pengambilan pekerja asing yang dibekukan sementara ketika ini bagi sektor perladangan negara khususnya kelapa sawit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana terdapat permintaan daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johar Abdul Ghani berikutan terdapat masalah kekurangan pekerja dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) itu.

Jelas beliau, sejak September tahun lalu, kementerian sudah menutup pengambilan baharu dan tiada lagi permohonan pekerja asing yang baharu dibuat.

“Datuk Jo (Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Johari Abdul Ghani) ada menyuarakan agar membuka permohonan untuk pekerja ladang terutama Sabah Sarawak, tidak boleh petik buah, rugi ladang-ladang di sana.

“Saya cakap, tanya dulu dengan syarikat ladang berapa ramai diperlukan? Kemudian kita akan buat tapisan dan sahkan dulu, baru kita bermesyuarat,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika hadir pada Program Siri Syarahan Menteri “Madani Sedan Direalisasikan, Dekad Baharu Malaysia” di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2025

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada program Syarahan Menteri anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui keperluan negara yang masih memerlukan tenaga kerja warga asing berikutan kekurangan anak tempatan dalam sektor 3D.

“Perlu atau tidak pekerja asing didatangkan di negara kita pada ketika ini untuk petik sawit, kerja di kilang, sektor pembinaan?

“Kalau kita kata tidak perlu, berapa ramai anak muda kita Melayu, Cina atau India yang sanggup ikat batu bata, petik sawit di ladang, pemandu kren?

“Kalau kita berfikir dengan waras, nescaya kita fikir kita masih perlukan. Kalau tidak lima sektor ekonomi, tidak berjalan,” katanya.

Antara pelajar-pelajar dan para hadirin yang hadir pada Program Siri Syarahan Menteri “Madani Sedan Direalisasikan, Dekad Baharu Malaysia” di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2025

Dalam pada itu, Saifuddin turut memberitahu pihak kementeriannya telah memaklumkan kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk memasukkan perkara membabitkan pekerja asing dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tahun lalu, Saifuddin memaklumkan pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini kerana memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September 2024 didapati menghampiri jumlah siling ditetapkan. – MalaysiaGazette

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Program Siri Syarahan Menteri “Madani Sedan Direalisasikan, Dekad Baharu Malaysia” di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here