ISKANDAR PUTERI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan sekumpulan migran asing yang menyelinap masuk ke negara ini menggunakan bot kecil Isnin lalu.

Taktik itu terbongkar semasa PPM mengadakan rondaan Op Taring Gelora pada pukul 11.30 malam selepas mengesan sebuah bot tidak berlampu menuju ke perairan Tanjung Adang, Tanjung Kupang.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, bot terbabit berjaya dipintas selepas dikejar dan ditahan pada kedudukan 1.5 batu nautika dari arah Pulau Merambong, Tanjung Kupang.

“Hasil pemeriksaan di dalam bot mendapati seramai 15 individu terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita berusia 22 hingga 54 tahun tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Kesemua 15 orang terbabit termasuk dua orang yang dipercayai bertindak sebagai tekong laut ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati 13 migran dipercayai warga Indomesia dibawa masuk dari Pulau Terong Batam menuju ke pesisir pantai Tanjung Kupang menggunakan bot bersaiz 22×6 kaki.

“Tekong laut mengaut keuntungan dengan menerima bayaran upah secara tunai daripada sindiket tekong darat yang berpengkalan di Indonesia sebanyak RM1,000 bagi setiap perjalanan.

“Dalam masa yang sama tekong laut turut merisikokan nyawa migran dengan menggunakan bot bersaiz kecil,” ujarnya.

Kumar memberitahu, polis merampas sebuah bot fiber, sebuah enjin bot, satu gugusan anak kunci dan 15 telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

“Kesemua migran ditahan lanjut mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari  bermula kelmarin.

“Sementara dua lagi individu yang berperanan sebagai tekong laut ditahan mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari bermula kelmarin,” katanya.

Siasatan katanya, dijalankan mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here