Dokumen yang memaparkan Jata Negara serta logo Badan Peguam Malaysia bersama tandatangan Ketua Polis Negara (KPN) yang disahkan palsu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dokumen yang memaparkan Jata Negara serta logo Badan Peguam Malaysia bersama tanda tangan Ketua Polis Negara (KPN) adalah palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung dokumen berupa amaran bertajuk ‘Kebenaran’ yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah pejabat tertentu pada Selasa lalu.

“Dokumen tersebut turut memaparkan Jata Negara serta logo Badan Peguam Malaysia dan ditandatangani oleh penama yang hampir sama dengan KPN, namun menggunakan jawatan berbeza.

“Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen berkenaan merangkumi maklumat prosiding jenayah, jabatan yang digunakan serta nama penandatangan adalah palsu dan dokumen sedemikian tidak dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

PDRM turut mengingatkan orang ramai yang menerima dokumen serupa melalui e-mel, mesej WhatsApp, atau mana-mana saluran agar tidak memberikan sebarang respon kepada pihak yang menghantarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana individu yang mungkin sudah menjadi mangsa akibat mempercayai kandungan dokumen berkenaan supaya tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here