Sebelum ini, Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah kepada Mamat.

KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib dan Mamat terpaksa menangguh hasrat menunaikan ibadah umrah pada Ramadan ini apabila agensi yang terlibat sedang tular didakwa tidak telus dalam mengendalikan urusan jemaah ke Tanah Suci.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, beliau yakin ada rezeki lain yang menanti mereka walaupun isu itu meleburkan impiannya dan Mamat untuk ke Tanah Suci.

“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okey untuk berkerjasama.

“Tapi selepas nampak macam-macam masalah yang timbul, kami ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama syarikat agensi tersebut,” kongsinya dalam satu perkongsian Instagram di sini semalam.

Mereka berdua dilihat sedih namun tidak berkongsi lanjut mengenai agensi terbabit.

Shuib dalam masa sama turut memberi amaran agar agensi tersebut tidak menggunakan wajah mereka sebagai bahan mempromosikan pakej umrah.

“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.

“Insya-Allah ade rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai dan boleh bawa kita pergi umrah Mat,” jelasnya.

Terdahulu, pada 7 Januari lalu, Mamat berkongsi rasa teruja dan syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah kepadanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here