Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki menampar kakitangan Puspakom di Puspakom Cawangan Johor Bahru, semalam

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), di sini, ditampar seorang lelaki yang juga pelanggan merupakan kejadian lama.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 pagi, 8 November tahun lalu di pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom Taman Daya di sini.

“Satu laporan polis telah diterima daripada mangsa lelaki berusia 38 tahun yang merupakan kakitangan Puspakom.

“Suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 59 tahun bertindak menampar mangsa selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Raub memberitahu, kes disiasat mengikut Seskyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial bagi mengelak salah faham atau spekulasi yang boleh ganggu siasatan.

Sebelum itu tular satu video memaparkan pelanggan menampar seorang kakitangan Puspakom tular dalam media sosial sejak semalam.

Kejadian yang tular itu dipercayai berlaku di Puspakom Cawangan Johor Bahru apabila pelanggann lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan selepas didapati lorinya tidak memenuhi syarat kelulusan teknikal.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan warga emas memakai baju berwarna kuning itu pada awalnya memanggil staf berkenaan sambil menunjukkan sekeping kertas.

Kemungkinan kertas terbabit merupakan keputusan pemeriksaan kenderaannya dan memperlihatkan lelaki terbabit secara tiba-tiba menampar kakitangan yang sedang menjalankan tugasnya itu hingga menyebabkan situasi menjadi tegang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here