Pasukan debat UMK dan UIA pada Pertandingan Debat Terbuka Astar ke-26

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya menerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Akademik dan Intelektual (ADIN) Kolej Kediaman Pertama menganjurkan Debat Terbuka ASTAR (DTA), antara medan debat tertua dalam sejarah perdebatan di Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa di peringkat kebangsaan.

Meskipun sudah mencecah edisi ke-26 sejak 1997, debat ini masih utuh dan unggul.

Pada tahun ini, DTA berjalan selama 3 hari bermula 28 November sehingga 31 November 2024.

Penganjuran DTA itu diadakan secara bersemuka semula setelah dijalankan secara dalam talian semenjar peristiwa Covid-19 yang melanda dunia.

Sesi debat Pertandingan Debat Terbuka Astar ke-26.

Sebanyak 28 buah kumpulan merangkumi institusi dari Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, dan Kolej Poly Tech Mara.

Penyertaan tidak hanya terhad kepada pelajar ijazah sarjana muda sahaja bahkan memberi peluang kepada pelajar-pelajar asasi dan diploma untuk menyertainya.

Penganjurannya membuka lembaran baharu bagi DTA untuk meraikan persekitaran inklusiviti dalam kalangan pendebat penuntut diploma berdebat dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Hala tuju medan ini untuk menyediakan platform yang membuka ruang intelektual kepada para peserta di seluruh Malaysia dengan memperkukuhkan kemahiran berfikir secara kritis mengenai isu-isu semasa daripada pelbagai perspektif dan menyumbang kepada penyebaran budaya perbahasan dan perbincangan ilmiah dalam kalangan mahasiswa.

DTA juga menjadi tempat untuk membina rangkaian sesama pendebat-pendebat di seluruh Malaysia.

Para peserta dan hakim Pertandingan Debat Terbuka Astar ke-26 bergambar beramai-ramai.

Dalam pertandingan itu, para pendebat mempertaruh dan mempertahankan idea yang dibawa, tetapi apabila diluar gelanggang mereka saling bertukar buah fikiran untuk memajukan diri ke arah yang lebih berdaya saing.

Bahkan, hakim-hakim yang mengadili pertandingan ini juga berasal dari latar belakang seorang pendebat yang rata-ratanya merupakan bekas peserta DTA.

Para pendebat bukan sahaja berkongsi ilmu dengan rakan-rakan pendebat tetapi turut mendapat khidmat nasihat secara langsung daripada hakim-hakim yang berpengalaman dalam arena debat Malaysia.

Pemilihan usul Debat Terbuka Astar bukan sahaja menyentuh isu-isu berkaitan domestik semata-mata bahkan turut membahas isu-isu yang berlaku di pentas antarabangsa.

Usul debat bagi peringkat akhir ialah President of the United States (POTUS): Dalil Pengakhiran Keamanan Sarwajagat.

Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selaku pihak kerajaan manakala Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertindak sebagai pembangkang.

Pertandingan Akhir Debat Terbuka Astar Edisi ke-26 menyaksikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan Universiti Malaysia Kelantan.

Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00, piala pusingan, sijil penyertaan dan pencapaian serta salah seorang pasukan UIAM iaitu saudari Nur’Aliyah Atiqah Mohd Hafiz merangkul anugerah Pendebat Terbaik Peringkat Akhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here