ANKARA – Seramai 33 orang maut di Istanbul minggu ini selepas meminum alkohol tercemar manakala 48 yang lain menerima rawatan hospital, lapor agensi berita Anadolu pada hari ini.
Jumlah yang maut sejak Isnin sehingga semalam seramai 23 orang.
Minuman yang dicampur dengan metanol, alkohol industri yang berbeza daripada etanol yang terdapat dalam minuman beralkohol, disyaki menjadi punca kematian.
Sejak 1 Januari lalu, pihak berkuasa telah merampas 29 tan alkohol tercemar di Istanbul manakala 64 perniagaan telah dibatalkan lesen mereka, tambah gabenor bandar itu.
Manakala pemilik kedai telah menyalahkan kerajaan berikutan kejadian ini, dengan alasan cukai yang tinggi ke atas alkohol menggalakkan penyulingan dari rumah.
Keracunan daripada alkohol tercemar adalah perkara biasa di Türkiye selepas levi yang telah meningkat.
Tahun lalu, kes sama telah mengorbankan 48 orang. – Agensi