Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, berkata Berjaya Corporation Bhd (Berjaya Corp), peneraju konsortium projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR), mengalu-alukan penyertaan syarikat tempatan dalam konsortium itu, sejajar dengan komitmennya untuk memanfaatkan kepakaran tempatan.