KUALA LUMPUR – Padah memandu kenderaan secara berbahaya dan cuba melanggar anggota polis trafik di persimpangan Jalan Imbi- Jalan Sultan Ismail,  seorang wanita ditahan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 7.56 petang.

Katanya, ia selepas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan kejadian itu tular di media sosial.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 5.15 petang yang mana suspek berusia 38 tahun bertindak memandu secara merbahaya dan memotong barisan laluan hingga menyebabkan kemalangan.

“Anggota trafik bertugas kemudian mengarahkan suspek berhenti namun enggan mematuhi arahan dan melarikan diri hingga melanggar anggota trafik bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sulizmie, suspek direman dua hari dan telah dituduh hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengiku Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan anggota polis trafik di persimpang jalan di sekitar ibu negara.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here