Kien Yoong (depan) dan Xian Yi (belakang) didakwa atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk bahan lucah seksual terhadap kanak-kanak di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk bahan lucah pada Disember lalu.

Tertuduh Lim Xin Yi, 31 yang bekerja sendiri berdepan tiga pertuduhan sementara pemandu e-hailing, Goh Kien Yoong, 37, pula berdepan dua pertuduhan berasingan membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim setelah pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Xin Yi berdepan dua pertuduhan iaitu mempunyai 2,172 keping gambar dan 400 video bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam dua komputer berbeza.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Hang Lekir 18, Taman Skudai Baru di sini pukul 10.30 malam pada 23 Disember lalu.

Kien Yoong pula berdepan satu pertuduhan iaitu memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak apabila memiliki sebanyak 211 gambar dalam komputer riba yang dilakukan di Jalan Indah 26/7, Taman Bukit Indah 2, Iskandar Puteri pukul 9 malam pada 23 Disember lalu.

Sehubungan itu, Kien Yoong didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah.

Dalam pada itu, Xin Yi turut mengaku bersalah di hadapan Majistret, A Shaarmini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah.

Xin Yi dituduh melakukan kesalahan berkenaan di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dijalankan dibawah Seksyen 929 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam.

Mahkamah menetapkan Xin Yi didenda RM5,000 jika gagal bayar lima bulan penjara.

Sementara itu, bagi pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret, Kien Yoong mengaku salah atas pertuduhan memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Taman Bukit Indah 2, pukul 9 malam.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan (a) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, R Nevina sementara tertuduh diwakili peguam.

Pihak pendakwaan mengemukakan jaminan RM10,000 beserta dua syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap sebulan sekali dan passport antabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Peguam memohon pengurangan wang jaminan kerana tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 13 Februari ini sebagai tarikh serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here