Padah memiliki lencana kolar Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan pada sepasang uniform pengawal peribadi, seorang lelaki ditahan pada Ahad lalu. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lencana kolar Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan pada sepasang uniform pengawal peribadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superitendan G K Shan Gopal berkata, suspek berusia 35 tahun itu sekitar jam 5 petang, Ahad lalu.

Katanya, suspek dicekup ketika memandu sebuah kereta di kawasan Kipmall Sentral, Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemukan sepasang uniform pengawal peribadi yang menggunkan lencana kolar PDRM.

“Ketika soal siasat, suspek gagal memberikan alasan munasabah bagaimana memiliki barangan itu dan semakan ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek juga memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah Seskyen 89 Akta Polis 1967.

Suspek yang didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pagi semalam mengaku salah serta dikenakan hukuman denda. 

Suspek dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda RM50 atau penjara enam minggu atau kedua-duanya sekali.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here