SEBUAH rumah inap desa ranap dalam kejadian tanah runtuh di Kundasang, Sabah, petang semalam. - Foto: SUMBER MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah inap desa di Kundasang, Sabah, ranap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.55 petang mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan teruk pada sebuah rumah inap desa.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk sekitar untuk segera berpindah ke kawasan selamat bagi mengelak risiko kejadian susulan,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik portal sabahmedia.com hari ini.

Tambah jurucakap itu, operasi pemantauan dijalankan di kawasan kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 6:06 petang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here