Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan bercakap kepada wartawan selepas hadir pada majlis sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada penduduk setempat warga TiongHua, sekolah dan warga emas di SJK(C) Hwa Lien, Pulau Ketam, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 17 JANUARI 2025.

PULAU KETAM – Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melahirkan rasa positif dengan pengumuman gencatan senjata di Gaza yang bakal berkuat kuasa Ahad ini sambil memberi bayangan Starbucks Malaysia akan kembali ‘bersinar’ selepas ini.

Menurut beliau, dengan gencatan senjata itu, sudah tidak ada keperluan untuk memboikot jenama Starbucks apatah lagi ia adalah syarikat milik negara ini.

“Sekarang sudah ada berita genjatan senjata di Gaza, ini memang satu berita bagus buat semua. Gaza akan aman kembali, itu yang kita semua mahu.

“Jadi untuk apa mahu boikot lagi Starbucks? Tidak ada keperluan  lagi.

“Genjatan senjata ini memang satu berita yang baik,” katanya kepada sekumpulan media selepas majlis serah sumbangan kepada majlis sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada penduduk setempat warga TiongHua, sekolah dan warga emas di SJK(C) Hwa Lien di sini hari ini. 

Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan bercakap kepada wartawan selepas hadir pada majlis sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada penduduk setempat warga TiongHua, sekolah dan warga emas di SJK(C) Hwa Lien, Pulau Ketam, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 17 JANUARI 2025.

Sebelum ini, beberapa kali jutawan berkenaan menegaskan tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia malah beliau pernah mendedahkan hampir 85 peratus pekerja kopi berjenama itu sebenarnya dalam kalangan muslim di negara ini.

Tahun lalu, bagi suku kedua tahun kewangan 2024, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

Ketika disoal tentang kehadiran pelbagai jenama kopi premium seperti cendawan tumbuh selepas hujan, Vincent amat positif  kerana persaingan dalam perniagaan bagi memastikan mutu serta kualitinya sentiasa terjamin pada setiap masa.

“Ingat ya, apa jua perniagaan pastinya ada banyak persaingan. Pada saya, ia positif dan tidak banyak yang perlu saya risaukan.

“Kita juga ada beberapa strategi bagi memastikan jenama ini terus menjadi pilihan utama tetapi pastinya ini ‘rahsia’, tidak boleh kita dedah begitu sahaja.

“Ini strategi sulit kita, tidak boleh diumumkan secara terbuka,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Boikot Starbucks hanya ‘sakiti’ rakyat Malaysia – Vincent Tan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here