Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Sangat tidak wajar bagi mana-mana menteri daripada kerajaan memberi mesej mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh KK Mart berhubung penjualan produk Ham and Cheese Sandwich baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan tersebut menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan khususnya dalam kalangan orang Islam.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu bertindak segera dan tegas dalam isu ini.

“Pihak berkuasa perlu bertindak segera agar insiden stokin dengan kalimah Allah dulu tidak kembali berdarah lukanya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, ketiadaan sijil halal produk tersebut yang telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuktikan berlaku penipuan dalam perniagaan produk itu.

“Ini sudah masuk kategori penipuan perniagaan melibatkan pelanggan di kalangan umat Islam warga Universiti Malaya khususnya.

“Dan ia menimbulkan kesangsian terhadap status produk-produk makanan lain kerana ia melibatkan makan minum ribuan orang-orang Islam yang terpedaya dengan tanda halal palsu,” katanya lagi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam sekali lagi menegaskan bahawa Ham and Cheese Sandwich bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Malah jabatan itu mengesahkan malah syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

Ia susulan syarikat pengeluar sandwich itu mendakwa bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada JAKIM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here