Gambar ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan selepas terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Putra Height, Subang Jaya dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua suspek ditangkap berusia 40-an ketika anggota melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Anggota telah mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan kereta itu menemukan empat guni mengandungi wayar tembaga dan alat pemotong kabel.

“Hasil soal siasat awal, suspek disyaki mencuri kabel di sekitar kawasan Subang Jaya dan merampas barangan itu kerana gagal memberi keterangan pemilikan kabel tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azlan, semakan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai jenis rekod jenayah lampau dan dadah malah ujian saringan air kencing juga didapati positif morphine dan methaphetamine.

Untuk siasatan berkaitan dadah akan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan turut dibuka di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Mahkamah Shah Alam dan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 19 Januari ini bagi siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here