Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayi perempuan dengan membuang bayi berkenaan dalam tandas sebuah pusat beli-belah, lima hari lepas.

Noda Junko, 36, didakwa menyembunyikan kelahiran bayi berkenaan dengan membuang mayat bayi itu di tandas perempuan sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini di antara pukul 3 hingga 5.15 petang, 12 Jan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman mencadangkan jaminan RM10,000 dengan dua orang penjamin manakala peguam Muhammad Afif Che Had yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah.

“Anak guam saya telah menetap dan bekerja di Malaysia hampir tiga tahun, selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” kata peguam itu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin serta pasport antarabangsa milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here