Sebahagian PATI yang ditahan dalam serbuan di penempatan pekerja warga asing di sekitar Kajang dan Shah Alam, Selangor , awal pagi tadi, Ihsan Foto : JIM

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seramai 76 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuanĀ  di penempatan pekerja warga asing di Shah Alam dan Kajang, Selangor pada jam 12.05 tengah malam, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, operasi dijalankan selepas menerima aduan orang awam mengenai kehadiran PATI yang disyaki tinggal di kawasan berkenaan

“Dalam serbuan itu, seramai 374 warga asing telah diperiksa dan didapati 76 orang daripada mereka telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun yang terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal di sini melebihi tempoh masa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua tahanan kini telah dibawa dan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Dalam pada itu JIM turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan PATI untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here