Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bergambar bersama tetamu kehormat yang pada majlis ‘Jom Cari Motor’ di Lanai@Malaysia Tourism Centre (Matic) Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Aplikasi Rider Gate dijangka dapat mengisi jurang untuk transaksi jual beli motosikal terpakai dalam pasaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, industri motosikal memainkan peranan oenting dalam kehidupan rakyat kerana mampu milik serta menyediakan penyelesaian pengangkutan yang fleksibel.

“Aplikasi ini dapat digunakan untuk menyelesaikan isu dalam pembelian motosikal terpakai kerana mengurangkan risiko penipuan, rekod pemilikan tidak jelas dan kebimbangan terhadap kecacatan mekanikal.

“Pengguna akan berasa yakin dan secara tidak langsung menggalakkan amalan transaksi yang lebih selamat dan efisien,” katanya pada Majlis Pelancaran Rider Gate ‘Jom Cari Motor’ di Lanai @ Matic hari ini.

Menurut Anthony, inovasi seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada perubahan positif, dalam pembangunan ekonomi negara dan menggalakkan aktiviti perniagaan lebih mampan.

“Ia akan membuka jalan kepada transformasi digital yang amat diperlukan dalam sektor pengangkutan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast