JIM melakukan operasi dai sebuah kilang dan menahan warga asing di Muar, Johor, kelmarin

MUAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 50 warga asing dalam operasi selepas menggempur sembilan kilang dan asrama haram di daerah ini kelmarin.

Sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Johor, Unit Penguatkuasa Cawangan Muar, Unit Penguatkuasa Cawangan Batu Pahat, Unit Penguatkuasa Cawangan Segamat, pegawai Bangunan Sultan Iskandar serta Bahagian Penguatkuasa JIM Melaka terlibat dalam operasi tersebut.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan menerusi Ops Mahir dan Ops Sapu itu dilakukan dari pukul 10 pagi hingga 7.30 petang.

“Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima menyatakan terdapat sejumlah warga asing bekerja tanpa pas yang sah serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk tinggal di Malaysia.

“Seramai 374 warga asing termasuk warga tempatan diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 50 warga asing ditahan melibatkan 16 lelaki warganegara Bangladesh, 26 lelaki dan enam wanita Myanmar serta dua lelaki Pakistan berusia antara 21 tahun hingga 42 tahun.

Kesemua yang ditahan ujarnya, disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mohd Rosdi memberitahu, sebanyak enam notis untuk hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu sepanjang operasi tersebut bagi membantu siasatan.

Tambahnya, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan di negeri itu bagi membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), katanya.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-undang serta majikan dan pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit yang sah,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here