Amirul Syahir.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Aman Kebajikan Ummah menyifatkan tindakan beberapa individu memukul seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu semalam sebagai kegagalan masyarakat dalam memahami dan menghormati golongan yang memerlukan perhatian khas.

Pengerusinya, Amirul Syahir Musa dalam kenyataan berkata, golongan OKU berhak mendapat perlindungan dan layanan yang baik seperti individu lain dalam masyarakat bukan kekerasan.

“Sebagai sebuah negara yang aman dan damai, Malaysia tidak memerlukan keganasan dalam menyelesaikan masalah.

“Masyarakat kita perlu berpandukan nilai kemanusiaan yang tinggi serta memahami bahawa setiap individu, terutamanya OKU, berhak dihormati dan dilayan dengan adil.

“Keharmonian masyarakat majmuk di negara ini bergantung kepada sikap ihsan dan empati antara satu sama lain,” katanya hari ini.

Beliau berharap individu yang terlibat dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran kepada masyarakat bahawa kekerasan terhadap OKU tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami menyeru agar orang ramai lebih peka dan empati dalam menghadapi situasi yang melibatkan golongan OKU.

“Sebarang bentuk kekerasan hanya akan memperburukkan keadaan dan memberi kesan negatif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Semoga kejadian sebegini menjadi pengajaran, dan OKU tersebut diberikan pembelaan yang sewajarnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Polis buru lelaki pukul OKU di pasar tani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here