Konsert Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway, 31 Disember lalu. Foto: FB Pinkfish Festival

KUALA LUMPUR – Sampel darah yang diambil daripada empat individu yang maut semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bamdar Sunway pada 31 Disember lalu disahkan mengandungi dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, keputusan itu hasil analisis toksikologi daripada Jabatan Kimia yang diperoleh minggu lepas.

“Laporan telah diterima dari Jabatan Kimia, darah kesemua simati mengandungi kandungan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Susulan itu, perkara berkenaan dirujuk kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan laporan penuh.

Setakat ini, tambah beliau, polis telah merakam keterangan 52 orang saksi berhubung kes kematian yang berlaku di Konsert Pinkfish.

Keterangan itu diambil daripada rakan-rakan mangsa serta petugas di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 30 tahun masih dalam rawatan di PPUM dan belum dapat diambil keterangannya kerana masih menunggu kebenaran daripada pihak hospital,” katanya.

Konsert Pinkfish ini diadakan sebagai satu acara sambutan tahun baharu.

Bagaimanapun, sambutan itu berakhir dengan tragedi apabila empat individu terdiri dariapda dua lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun meningal dunia disyaki kerana mengambil dadah jenis ekstasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here