Sim Chon Siang

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan mengadakan program Jualan Makmur Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di 11 daerah bermula Isnin ini yang bertujuan membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, program selama enam hari itu menawarkan pelbagai barangan keperluan yang dijual lebih murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata penganjuran Jualan Makmur antara langkah proaktif kerajaan negeri dalam membantu mengurangankan kos sara hidup rakyat selain daripada Jualan Rahmah MADANI anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Sepertimana yang kita maklum, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 telah mengumumkan peruntukan RM2.52 juta bagi Program Jualan Makmur Kluster Perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi Program Jualan Makmur Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 sebagaimana yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 15 Jan.

Jualan Makmur Perayaan Tahun Barharu Cina akan diadakan pada 20-21 Jan dan 23-26 Jan melibatkan beberapa premis pasar raya terpilih di negeri ini. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here