Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam percuma kepada lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipukul di Terengganu baru-baru ini.

“Kita akan tawarkan khidmat peguam Pemuda UMNO secara percuma kepada abang yang dipukul ini untuk memastikan keadilan untuk abang ini dan memastikan mereka yang memukul ini akan dikenakan hukuman yang paling berat di mahkamah.

“Kita tengok siapa jantan nanti!” kata Datuk Dr Akmal Saleh dalam hantaran media sosialnya.

Menurut Dr Akmal, beliau sudah mengarahkan exco pemudanya mencari mangsa di Terengganu dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu sifat kebinatangan.

Sebelum itu, polis sedang berusaha mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki sehingga cedera di pasar tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhammad Wan Ja’far, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.30 pagi pada hari yang sama. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis buru lelaki pukul OKU di pasar tani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here