Datuk Hussein Omar Khan. Foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat swasta berputih mata selepas mengalami kerugian RM6,118,5000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor telah menerima laporan daripada mangsa berusia 64 tahun yang dibuat di Petaling Jaya.

Kaanya, siasatan awal mendapati modus operandi digunakan suspek adalah memperdayakan mangsa menerusi iklan di Facebook mengenai tawaran pelaburan ‘K-33 Investors Club’.

“Mangsa kemudian menekan link di iklan itu dan disambungkan terus ke WhatsApp seterusnya telah berhubung menerusi panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai ‘Profesor Rahmond Goh’ iaitu tenaga pengajar dalam pelaburan itu.

“Lelaki warga emas itu telah diberi penerangan berkenaan pelaburan dan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp serta mengikut pelaburan tersebut lebih dua minggu.

“Suspek ‘Rahmond Goh’ telah meminta mangsa mendaftar sebagai pelabur baharu di platform ‘Digzax.com’ dan mangsa telah membuat sembilan transaksi berjumlah lebih RM6.1 juta ke lima jenis akaun berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah semua transasi dibuat, mangsa mendapati keuntungannya hampir RM28.9 juta menerusi platform itu namun rasa tertipu apabila perlu membayar pelbagai bayaran cukai untuk mendapatkan wang tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here