Tangkap layar dari video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak mengheret lelaki OKU.

KUALA LUMPUR – Polis sedang berusaha mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki sehingga cedera di pasar tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhammad Wan Ja’far, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi, hari yang sama.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental yang dipercayai terlanggar sebuah gerai ketika menunggang motosikal di situ.

“Walau bagaimanapun, mangsa yang berumur 47 tahun itu kemudiannya terlanggar salah sebuah gerai menyebabkan barang jualan tumpah dan jatuh.

“Akibat kejadian itu, beberapa individu telah bertindak memukul mangsa sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-859 222,” tambahnya.

Semalam tular sebuah video berdurasi 1 minit 52 saat yang menunjukkan seorang lelaki OKU telah dipukul oleh beberapa individu.

Kejadian itu berlaku di sebuah pasar tani dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here