Onn Hafiz menyaksikan gimik perkhidmatan UMP oleh petugas Pos Malaysia kepada pesakit di Lotus Bukit Indah, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Persekutuan memperuntuk lebih RM30 juta untuk menaik taraf sebanyak 47 klinik kesihatan yang uzur dan daif di negeri pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ia melibatkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur serta menggantikan sistem perubatan yang lama.

“Proses mengeluarkan tender akan bermula pada Mac ini dan dijangka dapat diselesaikan sebelum Oktober mengikut jadual yang ditetapkan.

“Sebelum ini, sebanyak 98 klinik di seluruh negeri ini telah dinaik taraf sejak 2023 sehingga Disember lalu,” katanya kepada ketika ditemui di Lotus Bukit Indah hari ini.

Terdahulu, Tian Soon mengiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan selepas Pelancaran Projek Locker4U 2025 & Inisiatif Perkhidmatan UMP di pasar raya tersebut.

Katanya, tiga Klinik Kesihatan di Gelang Patah, Majidee dan Tebrau di sini hampir siap dinaik taraf sepenuhnya dengan peruntukan berjumlah RM4 juta.

Ulasnya, infrastruktur serta kemudahan di fasiliti kesihatan itu seperti pendingin hawa, perabot serta peralatan bukan perubatan telah ditukar ganti.

“Bagi kelengkapan perubatan pula seperti alat ultra sound juga akan dipasang dalam masa terdekat. Menteri Besar juga berhasrat untuk menyumbang ambulans di ketiga-tiga klinik kesihatan tersebut, juga dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Jelasnya, ia merupakan inisiatif Menteri Besar selepas mengadakan lawatan mengejut di klinik kesihatan terbabit.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir yang melanda di lima daerah di negeri ini baru-baru ini.

“Semua fasiliti kesihatan berada dalam keadaan baik dan tidak terkesan akibat banjir, boleh beroperasi seperti biasa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here