Rakaman gambar letupan dari lori tangki yang membawa minyak di Suleja, Nigeria, foto Torchlight Africa

ABUJA – Sebuah lori tangki meletup selepas terbabas di Nigeria, mengorbankan 77 orang yang meluru untuk mengambil minyak dari tempat kejadian, kata pihak berkuasa.

LoriĀ  tangki itu terbalik dan menumpahkan muatannya di kawasan Suleja.

Kenderaan itu meletup sejurus orang ramai mula mencedok minyak, membunuh berpuluh-puluh dan menyebabkan 25 yang lain cedera, termasuk paukan penyelamat.

Letupan dan kemalangan lori tangki bahan api adalah perkara biasa di negara ini – selalunya disebabkan oleh permukaan jalan raya tidak sempurna dan kenderaan yang gagal diselenggara dengan baik.

Mereka yang cedera dalam letupan Sabtu sedang dirawat di hospital berdekatan, kata agensi pengurusan kecemasan.

Nigeria telah menyaksikan beberapa kejadian serupa dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Dua minggu lalu, sebuah lori tangki bahan api yang terlibat dalam nahas meletup di negeri Delta yang kaya dengan minyak, membunuh sekurang-kurangnya lima orang, dan sekurang-kurangnya 153 orang maut dalam letupan ketika cuba mengumpul petrol yang bocor pada Oktober.

Harga bahan api telah meningkat lebih daripada 400% dalam tempoh 18 bulan yang lalu berikutan dasar ekonomi berani oleh Presiden Nigeria Bola Tinubu, termasuk pemansuhan subsidi bahan api yang telah lama wujud.

Perubahan itu telah meletakkan berjuta-juta orang ke dalam kemiskinan, dengan ramai yang terpaksa beralih kepada langkah terdesak untuk terus hidup.

Kerajaan pula menegaskan dasar-dasarnya untuk mengukuhkan ekonomi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here