Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan anggotanya meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu di Tambak Johor kelmarin, seperti yang tular menerusi media sosial di Singapura.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil serius dakwaan dalam Facebook Singapore’s Guide To JB yang memaparkan gambar seorang anggota meminta dan menerima wang secara tidak sah daripada pemandu.