PPS
Gambar hiasan

KOTA KINABALU  Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

“Tiada hujan turun pagi ini di daerah Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pitas Asdi@Mohd Faizal Hussin memaklumkan keadaan cuaca semakin baik dan 15 jalan di daerah itu sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Hanya Jalan Kampung Kusilad yang masih terjejas akibat banjir di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here