Sejumlah 1,183 kenderaan terbiar disita dan dilupuskan menerusi operasi dijalankan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) tahun lalu.
Datuk Bandar MBS Datuk Masri Razali dalam kenyataan hari ini berkata, kebanyakan kenderaan itu usang dan tersadai, yang diparkir melebihi lima tahun di tempat sama tanpa penyelengaraan.