Benjamin Netanyahu. Photo AFP

BAITULMAQDIS – Hamas menamakan tiga tawanan wanita Israel iaitu Romi Gonen, Doron Steinbrecher dan Emily Damari untuk dibebaskan dalam gencatan senjata di Gaza.

Memetik laporan Al Jazeera, Pejabat Perdana Menteri Israel mengumumkan gencatan senjata dengan Hamas di Gaza akan bermula pada 11.15 pagi waktu tempatan (09:15 GMT) selepas penangguhan selama beberapa jam.

Kenyataan itu dibuat selepas Hamas melalui pengantaranya menamakan tiga tawanan wanita Israel untuk dibebaskan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin.

Laporan tersebut turut menyatakan, pihak berkuasa Israel mengesahkan mereka telah menerima senarai tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum itu berkata, gencatan senjata yang sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi waktu tempatan (pukul 2.30 petang waktu Malaysia) tidak akan bermula sehingga Israel menerima nama tahanan yang akan dibebaskan.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan kelewatan menyerahkan nama-nama tersebut atas `sebab teknikal’, namun komited kepada perjanjian gencatan senjata yang diumumkan minggu lalu.

Gencatan senjata tiga peringkat di Gaza antara Israel dan Hamas disusuli pembebasan tebusan, membuka jalan kepada kemungkinan berakhirnya perang 15 bulan yang telah menjejaskan Asia Barat.

Sementara itu, Tentera Israel mula berundur dari kawasan di Rafah Gaza ke koridor Philadelphi di sepanjang sempadan antara Mesir dan Gaza, lapor media pro-Hamas awal pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here