KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung isu tular yang mendakwa berlakunya peras ugut yang melibatkan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke atas sebuah kilang di Kapar, Selangor.
Dakwaan itu dibuat melalui platform TikTok pada 30 Disember 2024 dan 14 Januari 2025.
“JKDM ingin menegaskan pihak kami memandang serius terhadap setiap dakwaan salah laku yang melibatkan pegawai dan anggota.
“Pendirian pihak jabatan adalah jelas dan tegas dimana tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti termasuk jenayah rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambahnya, JKDM memberi komitmen penuh untuk bekerjasama dalam memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus dan menyeluruh.
“Pendirian pihak jabatan adalah jelas dan tegas dimana tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti termasuk jenayah rasuah,” ujarnya sambil menambah jabatan itu komited dalam melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti serta memastikan kepercayaan masyarakat terhadapnya sentiasa terpelihara.
Bagaimanapun, jelasnya, sebarang tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat hanya boleh ditentukan berdasarkan hasil daripada keputusan siasatan polis kelak.
Melalui platform itu, beberapa individu mendakwa pegawai kastam menyerbu sebuah kilang di Kapar dan mengambil wang RM150,000.
Video yang tular itu juga memaparkan salinan laporan polis serta beberapa rakaman kamera litar tertutup berkaitan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette
kes yang berlaku sila siasat. tapi hakikatnya lebih banyak berlaku hal sebaliknya. bahkan yang berada di level atasan pun terkorban di tengah putrajaya. sampai skrg tak tahu siapa yang dihukum…