Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Polis masih belum membuat sebarang kesimpulan berhubung kematian remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang di Kajang dan mayatnya ditemui mereput di sebatang sungai dekat Banting, Selangor, 30 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih mengenal pasti punca kematian sama ada lebih dos akibat dadah atau kerana jenayah kekerasan.

“Dia ada melibatkan penggunaan dadah, adakah dia mati sebab overdose (terlebih dos) atau kekerasan, perkara ini masih dalam siasatan, bergantung kepada laporan bedah siasat, laporan kimia dan juga beberapa siasatan pihak polis.

“Kemudian baru kita boleh rangkum modus operandi dalam kes pembunuhan ini.

“Belum buat kesimpulan lagi, masih dalam siasatan dan kita masih teruskan siasatan untuk kumpul keterangan,” katanya kepada pemberita

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat reput di sebatang sungai dekat Banting, Selangor, pada 30 Disember lalu, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang, Selangor, pada 19 Disember lalu.

Artikel berkaitan: Dua daripada tiga beranak kes bunuh Yap Xin Yuan diberi jaminan bon – Polis

DNA sahkan mayat reput milik Yap Xin Yuan

Polis tunggu keputusan toksikologi Xin Yin

Di mana Xin Yuan menghilang?

Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15 tahun, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, Selangor, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu, sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.

Sebelum ini, Hussein berkata, mayat itu ditemukan dalam keadaan sudah reput, tidak sempurna termasuk pada bahagian mukanya sehingga sukar untuk dikenal pasti dan tersangkut di perangkap sampah sungai Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang, Banting.

Yap sebelum ini dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11 Cheras pada 19 Disember lalu.

Katanya lagi, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengumpul seberapa banyak bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Kita masih teruskan siasatan untuk dapatkan lagi bahan bukti, keterangan dan saksi bagi kumpul keterangan siasatan sehingga sampai tahap keterangan itu cukup untuk tuduh di mahkamah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here